Menurut
Noresah et al. (2005), ‘teori’ bermaksud
pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara ataupun
prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu
pengetahuan. Dalam bidang kaunseling pula, teori boleh digambarkan sebagai
‘penunjuk arah’ kepada kaunselor dalam menjalankan peranan mereka dengan
berkesan.
Mohd.
Tajudin (2008) menjelaskan terdapat pelbagai jenis teori yang telah dikemukakan
oleh tokoh-tokoh ilmu jiwa, antaranya ialah psikoanalisis (Freud), pemusatan
klien (Rogers), analisis transaksional (Berne), terapi rasional-emotif (Ellis)
dan sebagainya. Bagi menjelaskan hal ini, Patterson (1986, dlm Kottler, 2002: 14)
menjelaskan fungsi teori kepada pengamal ilmu jiwa dalam kata-kata beliau,
iaitu “A theory is an organized series of propositions that help you explain
phenomena, predict behavior, and inform your decisions.”(P:14).
Pembelajaran
teori kaunseling adalah amat berguna dan boleh dijadikan panduan bagi pengamal ilmu jiwa dalam meneliti,
memahami dan mendalami tingkah laku dan permasalahan manusia terutama klien
yang sedang mereka hadapi. Hal ini akan lebih memudahkan kaunselor bagi
‘menceburkan diri’ dalam proses menyelesaikan permasalahan klien dengan cara
yang lebih berkesan. Kottler (2002) menjelaskan hal ini dalam kata-kata yang
dipetik daripada buku beliau, iaitu “As a counselor or therapist, you know
you have to do something to intervene .... you rely on some theory to account
for the phenomenon and then to guide your efforts to intervene most
effectively.”(P:11). Hal ini juga jelas memperlihatkan fungsi teori itu
sendiri dalam membimbing kaunselor menyesuaikan teknik-teknik dan ilmu yang
telah dipelajari dengan situasi atau cabaran yang sedang dihadapi oleh mereka.
Selain
itu, teori kaunseling juga penting dalam memperlihatkan rasionalnya sesuatu
tindakan atau perlakuan seseorang individu. Hal ini membuktikan peranan teori
yang sangat besar dalam membantu para pengamal ilmu jiwa membimbing manusia
untuk berubah kepada aura positif. Mohd Tajudin (2008) menyatakan, dalam proses
menjadi kaunselor yang berkesan, seseorang kaunselor itu bukan sahaja
bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan kaunseling yang tinggi semata-mata,
malah mereka juga perlu mempunyai pandangan yang menyeluruh terhadap
nilai-nilai kemanusiaan yang diterapkan melalui teori-teori yang dipelajari.
Hal ini membuktikan bahawa kemahiran dan pengetahuan kaunseling yang tinggi serta peranan teori yang mantap
perlu seiring dalam melahirkan seorang kaunselor yang berprestij tinggi.
Dengan
berbekalkan ilmu teori kaunseling ini juga, seseorang kaunseling akan menjadi
lebih efektif dalam meramal sesuatu keadaan yang bakal timbul semasa mengadakan
sesi bersama kliennya. Pelbagai pendedahan terhadap sikap, tingkahlaku dan
respon manusia terhadap konflik yang dihadapi oleh mereka. Hal ini boleh
dilihat pada teori yang dikemukakan oleh tokoh terkenal, Sigmund Freud
berkaitan mekanisma bela diri yang wujud dalam diri manusia dalam menghadapi
konflik kehidupan. Hough (1994) menyatakan bahawa, “ Ego defence mechanisms
are strategies which people use in order to cope with intrapsychic conflict and
to reduce anxiety.”(P:4).
Hough
(1994) juga menjelaskan bahawa terdapat pelbagai inisiatif atau fenomena yang
dapat dilihat pada seseorang individu dalam mengatasi dan menghadapi konflik
kehidupannya. Antaranya ialah proses sublimasi, represi, penafian, regrasi, dan
sebagainya. Hal ini bergantung pada keselesaan individu tersebut dalam
mengatasi masalah mereka dan kesesuaian konflik yang mereka hadapi dengan
mekanisma bela diri yang mereka gunakan. Penggunaan mekanisma bela diri ini
juga lebih merujuk untuk menafikan dan memutarbelitkan realiti.
Secara
keseluruhannya, teori kaunseling ini dapat dilihat sebagai satu aspek yang
sangat penting dalam menentukan keberjayaan dan keberkesanan sesuatu proses
kaunseling. Fungsi dan peranan teori adalah sangat besar dalam membimbing
kaunselor ke arah proses kaunseling yang berkesan. Seorang kaunselor perlu
berpegang pada satu-satu teori yang selesa baginya dan dirasakan sesuai untuk
dijadikan panduan dan rujukan dalam proses menolong yang dijalani olehnya.
Kepelbagaian teori akan menjadikan seseorang kaunselor itu lebih bervariasi.
Rujukan
Hough,
M., (1994). A practical approach to counselling. United Kingdom: Pitman
Publishing.
Kottler,
J. K., (2002). Theories in counseling and therapy: An experiention approach.
Boston: A
Pearson
Education Company.
Mohd.
Tajudin Ninggal, & Yatimah Sarmani, (2008). Teori kaunseling Al-Ghazali.
Selangor:
PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Noresah
Baharom, Md. Nor Hj. Ab. Ghani, Ibrahim Hj Ahmad, Azizah Supardi, Saidah
Kamin, Hjh. Aziah Tajudin, Salmah
Jabbar, Hairani Mohd Khalid, & Rodziah Abdullah,
(Ed.). (2005). Kamus Dewan.(edisi
ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Patterson,
C.H., (1986). Theories of counseling and psychotherapy (4th ed.). New
York: Harper
And Row.
tq
ReplyDeleteterima kasih, kenapa
ReplyDeletelama tidak update?