Definisi
Kaunseling
kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi kaunselor terlatih
dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini
dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama
dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang
normal. Hough (1994), menjelaskan bahawa, In 1935, the first Alcoholics
Anonymous group meeting was held in Ohio, and the organization which was formed
as a result of this, has proved to be one of the most enduring and successful
innitiaves world-wide (p. 143). Hal ini membuktikan keberkesanan pendekatan
kaunseling kelompok terhadap dunia kaunseling.
Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai
suatu hubungan antara seorang individu dengan individu lain dalam satu kelompok
yang menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan
terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan
ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan
kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan dalam
usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong
penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok.
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan
kaunseling kelompok sebagai satu proses membantu seseorang klien menyesuaikan
diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah laku, perhubungan peribadi,
nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran
yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan kaunseling
kelompok dilihat sebagai satu ‘platform’ yang amat berkesan dalam membantu
ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu yang
dibangkitkan oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi
dalam menemui solusi yang paling sesuai dan tepat.
Pembentukan
Kelompok
Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan
disertai oleh tujuh hingga dua belas, orang mengikut kesesuaian, yang terdiri
daripada seorang ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya, (Zuraidah,2010). Ahli
dipilih secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses temu duga
perlu dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu
yang bakal dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit
pendedahan tentang proses kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada
ahli-ahli sebelum perbincangan dimulakan.
Ketua
bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan
mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan.
Ketua juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok
tersebut agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang
produktif dan berjaya. Posthuma (1996), menjelaskan bahawa “becoming aware
of the various roles that members assume not only help you in
understanding the group process but enables you to be facilitative in
increasing members’ awareness of their behaviours ..”(p. 73). Kepincangan
ketua mencerminkan kelompok perbincangan yang gagal. Kepekaan dan kewibawaan
ketua juga penting dalam menyesuaikan teori yang dipelajari dengan situasi yang
dihadapi berikutan ketua atau kaunselor tersebut menghadapi lebih daripada
seorang klien yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza dan variasi.
Kemesraan
dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu sebelum sesi
perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara ahli kumpulan dalam bekerjasama menjayakan
sesi kaunseling. Oleh itu, proses kaunseling perlu dimulakan dengan sesi
ta’aruf terlebih dahulu. Gazda, Ducan
dan Meadow (1967), menjelaskan bahawa dalam pendekatan kaunseling kelompok,
nilai terapinya terletak pada suasana saling mempercayai, penerimaan, saling
memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Keempat-empat aspek ini
sangat penting dalam menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini
disebabkan ahli-ahli yang terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi
pengalaman hidup mereka dengan ahli-ahli
yang lain dan lebih ikhlas dalam usaha bantu-membantu sesama mereka.
Sesi
perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan
aspek-aspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut
dan solusi yang tepat dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini
berjalan, setiap ahli diberi hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun,
sensitiviti ahli-ahli yang lain perlu diambil kira agar konflik antara ahli
dapat dielakkan.
Kelebihan
Kaunseling Kelompok
Pelaksanaan kaunseling
kelompok memperlihatkan beberapa impak positif terhadap kaunselor dan klien
yang terlibat. Antaranya ialah mempertingkatkan kemahiran komunikasi ahli-ahli
kumpulan. Hal ini akan mendedahkan ahli-ahli terhadap keberkesanan dalam berhubung
bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah masyarakat sekeliling. Selain
itu, proses kaunseling kelompok ini bukan sahaja membawa pendekatan satu hala
iaitu kaunselor kepada klien, malah ia juga turut melibatkan pendekatan klien
kepada klien serta klien kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi yang
bervariasi.
Melalui
kaunseling kelompok ini juga, klien akan lebih berfikiran positif dengan
menganggap bahawa bukan dirinya sahaja yang mempunyai masalah, malah ahli-ahli
kumpulannya yang lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Hal ini akan
memotivasikan individu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
olehnya bersama-sama ahli kumpulannya. Selain itu, pendekatan kaunseling
kelompok ini juga menggalakkan ahli dalam menjadi penyumbang secara aktif dalam
perhubungan dengan individu lain, (Zuraidah,2010).
Kesimpulan
Secara
keseluruhannya, pendekatan kaunseling kelompok mempunyai prosedur yang sedikit
berbeza dari kaunseling individu. Namun, pendekatan ini turut memperlihatkan
positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan yang ingin
dijalankan oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari pelbagai
sudut agar pendekatan yang dijalankan berkesan terhadap proses menolong klien.
Rujukan
Gazda,
G. M., Duncan, J. A., & Meadows, M. E., (1967). Counseling and
group
Procedures report of a survey. United Kingdom:
Oxford University Press.
Gibson,
R. L., & Mitchell, M. H., (1981). Introduction to guidance.
New York: Macmillan
Publication.
Hough,
M., (1994). A practical approach to counselling.
United Kingdom: Pitman Publishing.
Posthuma,
B. W., (1996). Small groups in counseling and
therapy: process and
leadership.
United State: Allyn & Bacon.
Rogers,
C., (1970). On enounter groups. London: Perennial Library.
Zuraidah
Abdul Rahman, (2010). Pengenalan kaunseling kelompok.
(Edisi keempat).
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment